Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا نَزَلَ مَنْزِلًا لَمْ يَرْتَحِلْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ أَوْ صَلَاةً يُوَدِّعُ بِهَا الْمَنْزِلَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Baginda SAW menetap di suatu penempatan, Baginda tidak akan bertolak melainkan setelah menunaikan solat dua rakaat, atau solat selamat tinggal bagi penempatan tersebut.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1053, hadis no. 5386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يزيد رضي الله عنه، قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا نزل منزلًا لم يرتحل حتى يصلي ركعتين أو صلاة يودع بها المنزل. [طس، الطبراني في جزء ما انتخبه لابنه أبي ذر، ك، هق، الضعيفة (4214)]
[Lemah] Daripada Anas RA, beliau menceritakan, “Apabila Baginda SAW menetap di suatu penempatan, Baginda tidak akan bertolak melainkan setelah menunaikan solat dua rakaat, atau solat selamat tinggal bagi penempatan tersebut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat dan Juz’ ma intakhabahu lIbnih Abi Zarr, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4214]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman