Apabila baginda SAW marah, tiada seorang pun berani dengannya melainkan ‘Ali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا غضب لم يجترئ عليه أحد إلا علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda SAW marah, tiada seorang pun berani dengannya melainkan ‘Ali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1848, hadis nombor 9325. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: ((كان ﷺ إذا غضب لم يجترئ عليه أحد إلا علي)). [طس، حل، ك، ((الضعيفة)) (٤٢٠٦)]

(Lemah) Daripada Umm Salamah RA, beliau berkata: Apabila baginda SAW marah, tiada seorang pun berani dengannya melainkan ‘Ali. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4206]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.