Gharib
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا فَرِحَ؛ غَضَّ طَرْفَه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Baginda SAW gembira, Baginda SAW akan menundukkan pandangannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Gharib
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 130, hadis no. 657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(غريب) كان إذا فرح غض طرفه . [الضعيفة (6233)].
(Gharib) Apabila Baginda SAW gembira, Baginda SAW akan menundukkan pandangannya. [Riwayat Ibn al-Athīr, Ibn al-Qaṭṭān dalam al-Naẓar fī Aḥkām al-Naẓar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6233)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman