Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَشَى أَسْرَعَ حَتَّى يُهَرْوِلَ الرَّجُلُ وَرَاءَهَ فَلَا يُدْرِكُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Baginda SAW berjalan, Baginda melajukan langkah Baginda sehingga seseorang cuba berlari-lari anak mengejar Baginda namun tidak dapat mengejar Baginda.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1053, hadis no. 5385. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يزيد بن مرثد قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا مشى أسرع حتى يهرول الرجل وراءه فلا يدركه. [ابن سعد، الضعيفة (4213)]
[Lemah] Daripada Yazid bin Marthad, beliau berkata: Apabila Baginda SAW berjalan, Baginda melajukan langkah Baginda sehingga seseorang cuba berlari-lari anak mengejar Baginda namun tidak tdapat mengejar Baginda. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4213]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman