Apabila Baginda SAW meminang wanita

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا خطب المرأة قال: اذكروا لها جفنة سعد بن عبادة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Baginda SAW meminang wanita, Baginda mengucapkan: Ingatkan dia berkenaan bekas makanan Sa‘d bin ‘Ubadah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1053, hadis nombor 5382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي بكر بن محمد بن عمرو بن حزم، قال: كان إذا خطب المرأة قال: اذكروا لها جفنة سعد بن عبادة. [ابن سعد، الضعيفة (2146، 4247)]

[Sangat Lemah] Daripada Abu Bakr bin Muhammad bin ‘Amr bin Hazm, beliau menceritakan, apabila Baginda SAW meminang wanita, Baginda mengucapkan: Ingatkan dia berkenaan bekas makanan Sa‘d bin ‘Ubadah. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2146, 4247]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs