Apabila baginda minum di dalam bekas minuman, baginda akan bernafas sebanyak tiga kali nafas

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا شرب في الإناء تنفس ثلاثة أنفاس، يحمد الله – عز وجل – في كل نفس، ويشكره في آخرهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda minum di dalam bekas minuman, baginda akan bernafas sebanyak tiga kali nafas. Baginda mengucapkan pujian kepada Allah pada setiap kali nafas dan bersyukur kepada-Nya pada nafas yang terakhir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 406-407, hadis nombor 2183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -: «كان إذا شرب في الإناء تنفس ثلاثة أنفاس، يحمد الله – عز وجل – في كل نفس، ويشكره في آخرهن». [ابن السني، طب، «الضعيفة» (4203)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA: "Apabila baginda minum di dalam bekas minuman, baginda akan bernafas sebanyak tiga kali nafas. Baginda mengucapkan pujian kepada Allah pada setiap kali nafas dan bersyukur kepada-Nya pada nafas yang terakhir". [Riwayat Ibn al-Sunni dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4203].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs