Apabila baginda minum, baginda akan bernafas dua kali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا شرب تنفس مرتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda minum, baginda akan bernafas dua kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 406, hadis nombor 2182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: «كان إذا شرب تنفس مرتين». [ت، هـ، طب، عد، الضياء، «الضعيفة» (4204)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila baginda minum, baginda akan bernafas dua kali". [Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah dalam Sunan mereka, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4204].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.