Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِذَا شَرِبَ تَنَفَّسَ مَرَّتَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila baginda minum, baginda akan bernafas dua kali.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 406, hadis no. 2182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: «كان إذا شرب تنفس مرتين». [ت، هـ، طب، عد، الضياء، «الضعيفة» (4204)].
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila baginda minum, baginda akan bernafas dua kali". [Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah dalam Sunan mereka, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4204].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman