Apabila baginda merestui sesuatu, baginda diam

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رضي شيئا سكت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda merestui sesuatu, baginda diam.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 323, hadis nombor 1703. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سهيل بن سعد – رضي الله عنه -، قال: دخلت المسجد والنبي – صلى الله عليه وسلم – في الصلاة، فصليت، فلما انصرف النبي – صلى الله عليه وسلم – رآني أركع ركعتين، فقال: ((ما هاتان الركعتان؟)). قلت: يا رسول الله! [جئت] وقد أقيمت الصلاة، فأحببت أن أدرك معك الصلاة ثم أصلي، فسكت. و((كان إذا رضي شيئا سكت)). [أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (5922)].

(Sangat Lemah) Daripada Suhayl bin Sa’d RA, dia telah berkata: Aku telah masuk kedalam masjid tatkala Nabi ﷺ sedang mendirikan solat. Lalu aku pun menunaikan solat. Setelah Nabi ﷺ selesai menunaikan solat, baginda mendapati aku sedang menunaikan solat dua rakaat. Kemudian baginda bertanya: “Dua rakaat apakah ini?” Aku menjawab: "Wahai Rasulullah, [aku sampai] sedangkan solat sudah didirikan. Lalu aku suka jika aku sempat solat bersamamu, maka aku pun mendirikan solat." Baginda diam. Apabila baginda merestui sesuatu, baginda diam. [Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Ma'rifah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5922].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs