TEKS BAHASA ARAB
كان إذا صلى العشاء؛ ركع أربع ركعات، وأوتر بسجدة، ثم نام حتى يصلي بعد صلاته بالليل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila baginda menunaikan solat isyak, baginda akan solat (sunat) empat rakaat, dan satu rakaat witir. Kemudian baginda tidur sehingga baginda mendirikan solat sunat malam baginda selepas itu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 323, hadis nombor 1704. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن الزبير– رضي الله عنه -، قال: ((كان إذا صلى العشاء؛ ركع أربع ركعات، وأوتر بسجدة، ثم نام حتى يصلي بعد صلاته بالليل)). [حم، البزار، ((الضعيفة)) (5855)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin al-Zubayr RA, dia telah berkata: Apabila baginda menunaikan solat isyak, baginda akan solat (sunat) empat rakaat, dan satu rakaat witir. Kemudian baginda tidur sehingga baginda mendirikan solat sunat malam baginda selepas itu. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5855].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.