Apabila baginda menunaikan solat di kawasan hijir (Kaabah)

TEKS BAHASA ARAB

كان ﷺ إذا صلى في الحجر، قام عمر بن الخطاب على رأسه بالسيف حتى يصلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda menunaikan solat di kawasan hijir (Kaabah), Umar Bin Al-Khattab akan bangun berada di kepala Baginda dengan memegang pedang sehingga Baginda selesai menunaikan solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1911 hadis nombor 9597. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- قال: كان ﷺ إذا صلى في الحجر، قام عمر بن الخطاب على رأسه بالسيف حتى يصلي.
[الدارقطني في ((العلل))، ((الضعيفة)) (5858)]

(Lemah)
Daripada Umar Bin Al-Khattab RA, beliau berkata: Apabila baginda menunaikan solat di kawasan hijir (Kaabah), Umar Bin Al-Khattab akan bangun berada di kepala Baginda dengan memegang pedang sehingga Baginda selesai menunaikan solat.
[Riwayat al-Daruqutni dalam al-’Ilal. LIhat Silsilah al-Da’ifah, no. 5858]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs