Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان ﷺ إذا صلَّى في الحِجْرِ؛ قام عمرُ بنُ الخطابِ على رأسِه بالسيفِ حتى يصلي.
Teks Bahasa Melayu
Apabila baginda menunaikan solat di kawasan hijir (Kaabah), Umar Bin Al-Khattab akan bangun berada di kepala Baginda dengan memegang pedang sehingga Baginda selesai menunaikan solat.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1911, hadis no. 9597. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: كان ﷺ إذا صلى في الحجر، قام عمر بن الخطاب على رأسه بالسيف حتى يصلي. [الدارقطني في ((العلل))، ((الضعيفة)) (5858)]
(Lemah) Daripada Umar Bin Al-Khattab RA, beliau berkata: Apabila baginda menunaikan solat di kawasan hijir (Kaabah), Umar Bin Al-Khattab akan bangun berada di kepala Baginda dengan memegang pedang sehingga Baginda selesai menunaikan solat. [Riwayat al-Daruqutni dalam al-’Ilal. LIhat Silsilah al-Da’ifah, no. 5858]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman