Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila baginda mengutuskan pasukan tempur atau tentera, baginda akan mengutuskan mereka pada permulaan waktu siang

Teks Bahasa Arab

كان إذا بعث سرية أو جيشاً بعثهم من أول النهار.

Teks Bahasa Melayu

Apabila baginda mengutuskan pasukan tempur atau tentera, baginda akan mengutuskan mereka pada permulaan waktu siang.

Sahabat Perawi

  1. Sakhr al-Ghamidi RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 999, hadis no. 5152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صخر الغامدي رضي الله عنه مرفوعا: كان إذا بعث سرية أو جيشاً بعثهم من أول النهار. [د، الدارمي، ت، هـ، حم، الضعيفة (4178)].

(Lemah) Daripada Sakhr al-Ghamidi RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila baginda mengutuskan pasukan tempur atau tentera, baginda akan mengutuskan mereka pada permulaan waktu siang. [Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, al-Darimi, al-Tirmizi dalam Jami' Tirmizi, Ibnu Majah dalam Sunan Ibn Majah dan Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad. Lihat Silsilah al-Dhaifah no. 4178]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.