Apabila Baginda meminum air, Baginda berdoa

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا شرب الماء، قال: الحمد لله الذي جعله عذبا فراتا برحمته، ولم يجعله ملحا أجاجا بذنوبنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Baginda meminum air, Baginda berdoa: Segala puji bagi Allah yang telah menjadikannya tawar kerana rahmatNya dan Dia tidak menjadikannya masin kerana dosa-dosa kita.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1480, hadis nombor 7551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي جعفر، قال: كان إذا شرب الماء، قال: ((الحمد لله الذي جعله عذبا فراتا برحمته، ولم يجعله ملحا أجاجا بذنوبنا)). [ابن أبي الدنيا في ((الشكر))، حل، ((الضعيفة)) (4202)]

(Lemah)
Daripada Abu Ja’afar, katanya: Apabila Baginda meminum air, Baginda berdoa: Segala puji bagi Allah yang telah menjadikannya tawar kerana rahmatNya dan Dia tidak menjadikannya masin kerana dosa-dosa kita.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam ((al-Shukr)) danAbu Nu'aim dalam Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4202]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs