Apabila baginda masuk, baginda mulakan dengan bersiwak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يبدأ إذا دخل بالسواك، وإذا خرج؛ صلى ركعتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda masuk, baginda mulakan dengan bersiwak. Manakala apabila keluar, baginda solat dua rakaat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 338-339, hadis nombor 1775. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن المقدام بن شريح عن أبيه عن عائشة – رضي الله عنها -، قال: قلت لها: بأي شيء كان يبدأ رسول اللَّهِ ﷺ إذا دخل عليك وإذا خرج من عندك؟ قالت: ((كَانَ يَبْدَأُ إِذَا دَخَلَ بِالسِّوَاكِ، وَإِذَا خَرَجَ؛ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ)). [حب، ((الضعيفة)) (6235)].

(Munkar) Daripada al-Miqdam bin Shurayh, daripada bapanya, daripada ‘Aishah RA: Dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aishah: “Rasulullah mulakan dengan apa apabila baginda masuk bertemu dan keluar daripada sampingmu?” Beliau menjawab: “Apabila baginda masuk, baginda mulakan dengan bersiwak. Manakala apabila keluar, baginda solat dua rakaat.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Sahih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6235].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.