Apabila baginda makan, baginda makan dengan tiga jari dan menggunakan jari keempat untuk membantu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أكل؛ أكل بثلاث أصابع ويستعين بالرابعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda makan, baginda makan dengan tiga jari dan menggunakan jari keempat untuk membantu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 406, hadis nombor 2181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عامر بن ربيعه – رضي الله عنه – رفعه: «كان إذا أكل؛ أكل بثلاث أصابع ويستعين بالرابعة». [أبو بكر الشافعي في «الفوائد»، «الضعيفة» (4246)].

(Palsu) Daripada ‘Amir bin Rabi’ah RA yang menyandarkannya kepada Nabi ﷺ: "Apabila baginda makan, baginda makan dengan tiga jari dan menggunakan jari keempat untuk membantu". [Riwayat Abu Bakr al-Shafi’i dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4246].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.