Apabila baginda ingin memberikan suatu hadiah kepada seseorang, baginda akan memberinya minum air zamzam

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أراد أن يتحف الرجل بتحفة؛ سقاه من ماء زمزم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda ingin memberikan suatu hadiah kepada seseorang, baginda akan memberinya minum air zamzam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 406, hadis nombor 2180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: «كان إذا أراد أن يتحف الرجل بتحفة؛ سقاه من ماء زمزم». [أبو بكر بن سلمان الفقية في «مجلس من الأمالي»، حل، «الضعيفة» (4165)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila baginda ingin memberikan suatu hadiah kepada seseorang, baginda akan memberinya minum air zamzam". [Riwayat Abu Bakr bin Salman al-Faqih dalam Majlis min al-Amali dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4165].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs