Apabila baginda duduk pada pertengahan solat dan pada akhirnya (dengan duduk) di atas pinggul kirinya, baginda membaca: Segala ungkapan hormat buat Allah

TEKS BAHASA ARAB

كان يقول:- إذا جلس في وسط الصّلاة وفي آخرها على وركه اليسرى -: التحيات لله. . – إلى قوله -: وأشهد أن محمدا عبده ورسوله -. قال: ثم إن كان في وسط الصلاة؛ نهض حين يفرغ من تشهّده، وإن كان في آخرها دعا بعد تشهّده بما شاء الله أن يدعو، ثم يسلّم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda duduk pada pertengahan solat dan pada akhirnya (dengan duduk) di atas pinggul kirinya, baginda membaca: “Segala ungkapan hormat buat Allah”… hingga katanya: “Dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.” Kemudian jika baginda berada pada pertengahan solat, baginda bangkit apabila selesai tasyahudnya. Jika baginda berada pada akhir solat pula, baginda berdoa selepas tasyahudnya dengan doa yang Allah kehendaki untuk baginda doakan, kemudian baginda memberi salam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 325, hadis nombor 1711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن الأسود بن يزيد النخعي عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: علمني رسول الله – صلى الله عليه وسلم – التشهد في وسط الصلاة وفي آخرها، فكنّا: نحفظ عن عبد الله حين أخبرنا أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – علمه إياه، قال: ((فكان يقول – إذا جلس في وسط الصّلاة وفي آخرها على وركه اليسرى -: التحيات لله. . – إلى قوله -: وأشهد أن محمدا عبده ورسوله -. قال: ثم إن كان في وسط الصلاة؛ نهض حين يفرغ من تشهّده، وإن كان في آخرها دعا بعد تشهّده بما شاء الله أن يدعو، ثم يسلّم)). [حم، ابن خزيمة، ((الضعيفة)) (5624)].

(Munkar selengkap ini) Daripada al-Aswad bin Yazid al-Nakha‘i daripada Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ mengajarku tasyahud di pertengahan solat dan di akhirnya. Maka kami menghafal daripada Abdullah sejak kami diberitahu bahawa Rasulullah ﷺ ada mengajarkan ia kepadanya. Dia berkata: Apabila baginda duduk pada pertengahan solat dan pada akhirnya (dengan duduk) di atas pinggul kirinya, baginda membaca: “Segala ungkapan hormat buat Allah”… hingga katanya: “Dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.” Kemudian jika baginda berada pada pertengahan solat, baginda bangkit apabila selesai tasyahudnya. Jika baginda berada pada akhir solat pula, baginda berdoa selepas tasyahudnya dengan doa yang Allah kehendaki untuk baginda doakan, kemudian baginda memberi salam. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5624]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.