TEKS BAHASA ARAB
كان إذا أصابته شِدة، ودعا؛ رفع يديه حتى يرى بياض إبطيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Baginda ditimpa kesusahan, Baginda akan berdoa dengan mengangkat tinggi kedua tangan sehingga terlihat ketiak Baginda yang cerah.
STATUS
Mawdu’
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1591, hadis nombor 8035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بذكر: ((الشدة)))عن البراء ابن عازب -رضي الله عنه- : ((كان إذا أصابته شِدة، ودعا؛ رفعَ يديه حتى يُرى بياضُ إبطيه)). [أبو يعلى في ((المسند الكبير))، ((الضعيفة)) (6634)].
(Mawdu’ dengan tambahan lafaz ‘kesusahan’)
Daripada al-Barra’ bin ‘Azib RA berkata: ((Apabila Baginda ditimpa kesusahan, Baginda akan berdoa dengan mengangkat tinggi kedua tangan sehingga terlihat ketiak Baginda yang cerah.))
[Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6634].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.