Mawdu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا أصابتْه شدَّةٌ، ودعا؛ رفع يدَيه حتى يُرى بياضُ إبِطَيه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Baginda ditimpa kesusahan, Baginda akan berdoa dengan mengangkat tinggi kedua tangan sehingga terlihat ketiak Baginda yang cerah.
Sahabat Perawi
- al-Barra’ bin ‘Azib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawdu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1591, hadis no. 8035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بذكر: ((الشدة)))عن البراء ابن عازب -رضي الله عنه- : ((كان إذا أصابته شِدة، ودعا؛ رفعَ يديه حتى يُرى بياضُ إبطيه)). [أبو يعلى في ((المسند الكبير))، ((الضعيفة)) (6634)].
(Mawdu’ dengan tambahan lafaz 'kesusahan') Daripada al-Barra’ bin ‘Azib RA berkata: ((Apabila Baginda ditimpa kesusahan, Baginda akan berdoa dengan mengangkat tinggi kedua tangan sehingga terlihat ketiak Baginda yang cerah.)) [Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6634].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman