TEKS BAHASA ARAB
كان إذا أتي بطعام أكل مما يليه، وإذا أتي بالتمر جالت يده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila baginda dihidangkan makanan, baginda akan makan apa yang hampir dengan baginda. Namun, apabila dihidangkan kurma, tangan baginda akan bergerak-gerak (untuk memilih).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 391, hadis nombor 2086. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: كان رسول الله ﷺ «إذا أتي بطعام أكل مما يليه، وإذا أتي بالتمر جالت يده». [عد، خط، «الضعيفة» (1127)].
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: "Rasulullah ﷺ itu apabila baginda dihidangkan makanan, baginda akan makan apa yang hampir dengan baginda. Namun, apabila dihidangkan kurma, tangan baginda akan bergerak-gerak (untuk memilih)". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 905, 1127].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.