TEKS BAHASA ARAB
كان إذا خلا في بيته ألين الناس وأكرم الناس ضحاكا بساما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Baginda dalam rumahnya, Baginda adalah manusia paling lembut dan pemurah, banyak ketawa dan sering tersenyum.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1053, hadis nombor 5383. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان إذا خلا في بيته ألين الناس وأكرم الناس ضحاكًا بسامًا. [ابن سعد، الخرائطي، عد، تمام، الضعيفة (4185)]
[Lemah] Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata, apabila Baginda dalam rumahnya, Baginda adalah manusia paling lembut dan pemurah, banyak ketawa dan sering tersenyum. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat, al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlaq, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’ dan Tamam dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4185]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.