Apabila baginda bangun pada malam hari untuk bertahajud, sebelum baginda ﷺ mengangkat takbir, baginda membaca

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا قام من الليل يريد أن يتهجد، قال – قبل أن يكبر -: لا إله إلا الله، لا إله إلا الله، والله أكبر كبيرا، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم؛ من همزه ونفثه ونفخه، ثم يقول: الله أكبر، ورفع عمران يديه؛ يحكي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda bangun pada malam hari untuk bertahajud, sebelum baginda ﷺ mengangkat takbir, baginda membaca: “Tiada Tuhan selain Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada bisikannya dan tiupannya serta hembusannya.” Kemudian baginda ﷺ mengucapkan: "Allah Maha Besar", lalu Imran mengangkat kedua-dua tangannya (untuk) menceritakan.

STATUS

Munkar dengan konteks ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 366, hadis nombor 1953. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن الحسن: أن رسول الله ﷺ: «كان إذا قام من الليل يريد أن يتهجد، قال – قبل أن يكبر -: لا إله إلا الله، لا إله إلا الله، والله أكبر كبيرا، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم؛ من همزه ونفثه ونفخه، ثم يقول: الله أكبر، ورفع عمران يديه؛ يحكي». [أبو داود في «المراسيل»، «الضعيفة» (6519)].

(Munkar Dengan Konteks Ini) Daripada al-Hasan RA: Bahawa apabila baginda bangun pada malam hari untuk bertahajud, sebelum baginda ﷺ mengangkat takbir, baginda membaca: “Tiada Tuhan selain Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, daripada bisikannya dan tiupannya serta hembusannya.” Kemudian baginda ﷺ mengucapkan: "Allah Maha Besar", lalu Imran mengangkat kedua-dua tangannya (untuk) menceritakan. [Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6519].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs