Apabila baginda ﷺ memulakan solat, baginda membaca

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان [صلى الله عليه وسلم] إذا استفتح الصلاة قال: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفًا مسلمًا، وما أنا من المشركين. سبحانك اللهم وبحمدك، وتبارك اسمك، وتعالى جدك، ولا إله غيرك. إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين، لا شريك له، وبذلك أمرت، وأنا من المسلمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila baginda ﷺ memulakan solat, baginda membaca: “Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dalam keadaan lurus dan berserah diri. Bukanlah aku daripada kalangan orang-orang musyrik. Maha Suci Engkau, ya Allah, dengan memuji-Mu, Maha Berkat nama-Mu, Maha Tinggi kebesaran-Mu dan tiada sembahan selain-Mu. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah milik Allah Tuhan seluruh alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan perkara tersebut aku diperintah dan aku ini daripada kalangan orang-orang Islam.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 307, hadis nombor 1622. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((كان [صلى الله عليه وسلم] إذا استفتح الصلاة قال: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفًا مسلمًا، وما أنا من المشركين. سبحانك اللهم وبحمدك، وتبارك اسمك، وتعالى جدك، ولا إله غيرك. إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين، لا شريك له، وبذلك أمرت، وأنا من المسلمين)). [أبو محمد الجوهري في ((مجلس من الأمالي))، طب، ((الضعيفة)) (5379)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA, beliau berkata: Apabila baginda ﷺ memulakan solat, baginda membaca: “Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dalam keadaan lurus dan berserah diri. Bukanlah aku daripada kalangan orang-orang musyrik. Maha Suci Engkau, ya Allah, dengan memuji-Mu, Maha Berkat nama-Mu, Maha Tinggi kebesaran-Mu dan tiada sembahan selain-Mu. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah milik Allah Tuhan seluruh alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan perkara tersebut aku diperintah dan aku ini daripada kalangan orang-orang Islam.” [Riwayat Abu Muhammad al-Jauhari dalam Majis Min al-Amali dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5379].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.