Daif

30/06/2024

minit bacaan



Apabila azan berkumandang di sebuah kampung, maka Allah akan menyelamatkannya dari azab pada hari tersebut

Teks Bahasa Arab

إِذا أُذِّن في قَريةٍ آمَنَها الله مِن عذابِهِ ذلك اليَوْمَ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila azan berkumandang di sebuah kampung, maka Allah akan menyelamatkannya dari azab pada hari tersebut.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 254, hadis no. 1318. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا أذن في قرية آمنها الله من عذابه ذلك اليوم)). [طب، طص، طس، أبو موسى المديني في ((اللطائف))، ((الضعيفة)) [(2207)]

(Daif) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila azan berkumandang di sebuah kampung, maka Allah akan menyelamatkannya dari azab pada hari tersebut. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan Abu Musa al-Madini dalam al-Lata’if. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2207]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.