Apabila antara kalian ditimpa kegelisahan atau kesedihan

TEKS BAHASA ARAB

إذا أصاب أحدكم هم أو حزن، فليقل سبع مرات: اللهُ ربى لا أشرك به شيئا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila antara kalian ditimpa kegelisahan atau kesedihan, maka hendaklah kalian mengucapkan kalimah ini sebanyak tujuh kali: Allah adalah Tuhanku, tidak aku mensyirikkannya dengan segala sesuatu.

STATUS

Munkar dengan tambahan lafaz al-Sab’u (tujuh kali)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1182, hadis nombor 5993. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة (السبع)) عن عمر بن عبد العزيز، قال: جمع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أهل بيته فقال: ((اذا أصاب أحدكم هم أو حزن، فليقل سبع مرات: اللهُ ربى لا أشرك به شيئا)). [ن في ((عمل اليوم والليلة))، ((الضعيفة)) (5604)]

(Munkar dengan tambahan lafaz al-Sab’u (tujuh kali))
Daripada ‘Umar bin ‘Abdul Aziz telah berkata: Rasulullah SAW telah menghimpunkan ahli keluarganya lalu Baginda SAW bersabda: “Apabila antara kalian ditimpa kegelisahan atau kesedihan, maka hendaklah kalian mengucapkan kalimah ini sebanyak tujuh kali: Allah adalah Tuhanku, tidak aku mensyirikkannya dengan segala sesuatu”.
[Riwayat al-Nasa'i dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 5604]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs