Apabila anjing menjilat bekas seseorang daripada kamu, maka tuangkanlah ia

TEKS BAHASA ARAB

إذا ولغ الكلب في إناء أحدكم فليهرقه، وليغسله ثلاث مرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila anjing menjilat bekas seseorang daripada kamu, maka tuangkanlah ia dan basuhlah ia sebanyak tiga kali.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1193, hadis nombor 6053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بلفظ (ثلاث))
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا ولغ الكلب في إناء أحدكم فليهرقه، وليغسله ثلاث مرات.
[عد، ((الضعيفة)) (1037)]

(Munkar dengan lafaz (tiga))
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila anjing menjilat bekas seseorang daripada kamu, maka tuangkanlah ia dan basuhlah ia sebanyak tiga kali.
[Riwayat Ibn 'Adiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1037]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs