Apabila angin bertiup, Nabi SAW akan menghalakan wajah Baginda ke arah angin, melutut dan mendepakan tangan sambil berdoa

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا هاجت ريح استقبلها بوجهه وجثا على ركبتيه ومد بيديه وقال: اللهم إني أسألك خير هذه الريح وخير ما أرسلت به اللهم اجعلها رحمة ولا تجعلها عذابا اللهم اجعلها رياحا ولا تجعلها ريحا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila angin bertiup, Nabi SAW akan menghalakan wajah Baginda ke arah angin, melutut dan mendepakan tangan sambil berdoa: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar diberikan kebaikan angin ini dan kebaikan apa-apa yang dihantar dengannya. Wahai Allah, jadikanlah ia angin rahmat, jangan jadikan ia azab. Wahai Allah, jadikan ia lembut, jangan jadikan ia ribut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1076, hadis nombor 5487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان صلى الله عليه وسلم إذا هاجت ريح استقبلها بوجهه وجثا على ركبتيه ومد بيديه وقال: اللهم إني أسألك من خير هذه الريح وخير ما أرسلت به وأعوذ بك من شرها وشر ما أرسلت به اللهم اجعلها رحمة ولا تجعلها عذابًا اللهم اجعلها رياحًا ولا تجعلها ريحًا. [طب، الضعيفة (4217 ,5600)]

(Munkar dengan teks selengkap ini) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Apabila angin bertiup, Nabi SAW akan menghalakan wajah Baginda ke arah angin, melutut dan mendepakan tangan sambil berdoa: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar diberikan kebaikan angin yang engkau utuskan ini dan kebaikan apa-apa yang dihantar dengannya. Wahai Allah, jadikanlah ia angin rahmat, jangan jadikan ia azab. Wahai Allah, jadikan ia lembut, jangan jadikan ia ribut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4217, 5600]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs