Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ إذا هاجَت ريحٌ استقبلَها بِوجهِهِ وجثا علَى ركبتَيهِ ومدَّ بيدَيهِ وقالَ اللَّهمَّ إنِّي أسألُكَ خَيرَ هذهِ الرِّيحِ وخَيرَ ما أُرسِلَت بهِ اللَّهمَّ اجعلْها رحمةً ولا تجعلْها عذابًا، اللَّهمَّ! اجعلْها رياحًا ولا تجعلْها ريحًا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila angin bertiup, Nabi SAW akan menghalakan wajah Baginda ke arah angin, melutut dan mendepakan tangan sambil berdoa: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar diberikan kebaikan angin ini dan kebaikan apa-apa yang dihantar dengannya. Wahai Allah, jadikanlah ia angin rahmat, jangan jadikan ia azab. Wahai Allah, jadikan ia lembut, jangan jadikan ia ribut.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1076, hadis no. 5487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan teks selengkap ini) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Apabila angin bertiup, Nabi SAW akan menghalakan wajah Baginda ke arah angin, melutut dan mendepakan tangan sambil berdoa: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar diberikan kebaikan angin yang engkau utuskan ini dan kebaikan apa-apa yang dihantar dengannya. Wahai Allah, jadikanlah ia angin rahmat, jangan jadikan ia azab. Wahai Allah, jadikan ia lembut, jangan jadikan ia ribut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4217, 5600]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman