Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila anak yatim menangis maka air matanya jatuh pada tapak tangan Al-Rahman

Teks Bahasa Arab

حديث: إذا بكى اليتيم وقعت دموعه في كف الرحمن يقول: من أبكى هذا اليتيم الذي واريت والديه تحت الثرى؟ من أسكته فله الجنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Apabila anak yatim menangis maka air matanya jatuh pada tapak tangan Al-Rahman, DIA berfirman: Sesiapa yang membuat anak yatim ini menangis yang ibu bapanya aku kambuskan di dalam tanah? Sesiapa yang memberhentikan tangisannya maka baginya syurga.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 72-73, hadis no. 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا وقال: منكر جدا ورجاله: ثقات إلا موسى بن عيسى البغدادي وهو مجهول. وروى أبو نعيم في الحلية نحوه عن عمر.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas dan berkata: hadith ini terlalu lemah dan perawinya boleh dipercayai melainkan seorang perawi bernama Musa bin Isa al-Baghdadi yang tidak dikenali, Abu Nuaim meriwayatkan di dalam kitabnya al-Hilyah seperti hadith di atas daripada Umar.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.