Apabila anak perempuan Rasulullah SAW yang menjadi isteri 'Uthman meninggal dunia

TEKS BAHASA ARAB

لما ماتت بنت رسول الله ﷺ التي تحت عثمان قال رسول الله ﷺ: زوجوا عثمان، لو كان لي ثالثة لزوجته، وما زوجته إلا بالوحي من الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila anak perempuan Rasulullah SAW yang menjadi isteri ‘Uthman meninggal dunia, Rasulullah SAW bersabda: “Kahwinkanlah ‘Uthman. Kalaulah aku ada anak perempuan ketiga, aku akan kahwinkan dengannya. Aku tidak akan kahwinkan mereka kecuali dengan wahyu dari Allah ‘Azza wa Jalla."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1839, hadis nombor 9273. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عصمة، قال: لما ماتت بنت رسول الله ﷺ التي تحت عثمان، قال رسول الله ﷺ: زوجوا عثمان، لو كان لي ثالثة لزوجته، وما زوجته إلا بالوحي من الله – عز وجل -. [طب، (الضعيفة) (3985)].

(Palsu) Daripada ‘Ismah berkata: "Apabila anak perempuan Rasulullah SAW yang menjadi isteri ‘Uthman meninggal dunia, Rasulullah SAW bersabda: “Kahwinkanlah ‘Uthman. Kalaulah aku ada anak perempuan ketiga, aku akan kahwinkan dengannya. Aku tidak akan kahwinkan mereka kecuali dengan wahyu dari Allah ‘Azza wa Jalla." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3985]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs