Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Apabila anak lelakimu sudah besar, bersaudaralah dengannya

Teks Bahasa Arab

‌إِذَا ‌كَبِرَ ‌ابْنُكَ ‌وَاخِيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila anak lelakimu sudah besar, bersaudaralah dengannya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 14, hadis no. 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من كلام العامة وقولهم واخيه لحن وصوابه آخه لكن في معناه حديث أبي جبيرة بن الضحاك عند الطبراني -وسنده ضعيف-: الولد سبع سنين سيد وأمير، وتسع سنين أخ ووزير. فإن رضيت، وإلا فاضرب على جنبه، فقد أعذرت فيما بينك وبينه.

Ia bersumberkan ucapan orang awam. Kalimah yang mereka sebutkan: واخیه adalah silap dari sudut bahasa, sebetulnya: آخه. Namun, semakna dengannya hadith Abi Jubair bin al-Dhahhak dalam riwayat al-Tabarani -dan sanadnya da'if-: "Anak itu ketika berumur tujuh tahun, dia adalah tuan dan ketua. Ketika berusia sembilan tahun, dia adalah saudara dan menteri. Oleh itu, jika kamu suka (dengan tindakannya, maka biarkan), jika tidak maka pukullah di bahagian sisinya. Dengan demikian, sudah berikan alasan pada apa antara kamu dan dia".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.