Apabila anak-anak kalian mula boleh bercakap maka ajarkanlah mereka kalimah ‘La ilaha illallah’

TEKS BAHASA ARAB

إذا أفصح أولادكم، فعلموهم لا إله إلا الله، ثم لا تبالوا متى ماتوا، وإذا أثغروا فمروهم بالصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila anak-anak kalian mula boleh bercakap maka ajarkanlah mereka kalimah ‘La ilaha illallah’, kemudian janganlah kalian hiraukan bila mereka meninggal dunia nanti. Dan apabila mereka mula meningkat remaja maka suruhlah mereka mengerjakan solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 924, hadis nombor 4747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمرو بن شعيب، قال: وجدت في كتاب جدي الذي حدثه عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا أفصح أولادكم، فعلموهم لا إله إلا الله، ثم لا تبالوا متى ماتوا، وإذا أثغروا فمروهم بالصلاة)).
[ابن السني، ((الضعيفة)) (2336)].

(Lemah)
Daripada ‘Amru bin Shu’aib dia berkata: Aku telah mendapati di dalam catatan datukku yang mana dia telah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: Apabila anak-anak kalian mula boleh bercakap maka ajarkanlah mereka kalimah ‘La ilaha illallah’, kemudian janganlah kalian hiraukan bila mereka meninggal dunia nanti. Dan apabila mereka mula meningkat remaja maka suruhlah mereka mengerjakan solat.
[Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2336].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.