Classification icon

Daif

30/06/2024

minit bacaan



Apabila anak Adam tidur, malaikat akan meminta buku catatannya daripada syaitan

Teks Bahasa Arab

إذا نامَ ابنُ آدم، قال الملكُ للشيطانِ: أعطني صحيفَتَكَ. فيعطيه إياها، فما وجد في صحيقته من حسنةٍ، محا بها عشر سيئات من صحيفة الشيطانِ، وكتبهنَّ حسناتٍ! فإذا أراد أحدُكم أن ينامَ، فليكبر ثلاثاً وثلاثين تكبيرةً، ويَحْمَدْ أربعاً وثلاثين تحميدةً، ويسبح ثلاثاً وثلاثين تسبيحة، فتلك مئة.

Teks Bahasa Melayu

Apabila anak Adam tidur, malaikat akan berkata kepada syaitan: Berikan kepadaku buku catatan kamu, lalu syaitan pun memberikan kepada malaikat. Apa yang ia dapati daripada kebaikan di dalam buku catatannya, dia akan memadamkan sepuluh kejahatan daripada buku catatan syaitan. Lalu ia akan menuliskan beberapa kebaikan padanya. Oleh itu jika salah seorang kamu hendak tidur, hendaklah dia bertakbir sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 34 kali, serta bertasbih sebanyak 33 kali. Maka yang demikian itu berjumlah 100 kesemuanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Malik al-Ash‘ari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 223, hadis no. 1179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا نام ابن آدم، قال الملك للشيطان: أعطني صحيفتك. فيعطيه إياها، فما وجد في صحيقته من حسنة، محا بها عشر سيئات من صحيفة الشيطان، وكتبهن حسنات! فإذا أراد أحدكم أن ينام، فليكبر ثلاثا وثلاثين تكبيرة، ويحمد أربعا وثلاثين تحميدة، ويسبح ثلاثا وثلاثين تسبيحة، فتلك مئة)). [طب، الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5610)]

(Daif) Daripada Abu Malik al-Ash‘ari RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila anak Adam tidur, malaikat akan berkata kepada syaitan: Berikan kepadaku buku catatan kamu, lalu syaitan pun memberikan kepada malaikat. Apa yang ia dapati daripada kebaikan di dalam buku catatannya, dia akan memadamkan sepuluh kejahatan daripada buku catatan syaitan. Lalu ia akan menuliskan beberapa kebaikan padanya. Oleh itu jika salah seorang kamu hendak tidur, hendaklah dia bertakbir sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 34 kali, serta bertasbih sebanyak 33 kali. Maka yang demikian itu berjumlah 100 kesemuanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Tabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5610]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.