TEKS BAHASA ARAB
إذا أراد الله بقوم خيرا مد لهم في العمر، وألهمهم الشكر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Allah menghendaki terhadap sesuatu kaum kebaikan, Dia (Allah) memanjangkan umur mereka, dan Dia ilhamkan mereka supaya bersyukur.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1992, hadis nombor 9979. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا أراد الله بقوم خيرا مد لهم في العمر، وألهمهم الشكر)).
[فر، ((الضعيفة)) (2099)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Allah menghendaki terhadap sesuatu kaum kebaikan, Dia (Allah) memanjangkan umur mereka, dan Dia ilhamkan mereka supaya bersyukur.
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dai’fah no. 2099]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.