Apabila Allah SWT mencintai seseorang hamba, maka Allah SWT akan memberikan ujian kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا أحب الله عبداً ألصق به البلاء فإن الله عز وجل يريد أن يصافيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah SWT mencintai seseorang hamba, maka Allah SWT akan memberikan ujian kepadanya kerana sesungguhnya Allah SWT hendak menyucikannya (daripada dosa).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 139, hadis nombor 698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سعيد بن المسيب قال: قال ﷺ: إذا أحب الله عبداً ألصق به البلاء فإن الله عز وجل يريد أن يصافيه. [هب، الضعيفة (6973)]

(Palsu) Daripada Sa‘īd ibn al-Musayyib secara marfū‘: Apabila Allah SWT mencintai seseorang hamba, maka Allah SWT akan memberikan ujian kepadanya kerana sesungguhnya Allah SWT hendak menyucikannya (daripada dosa). [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6973)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs