Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أحبَّ اللهُ عبدًا ألصقَ بهِ البلاءَ فإنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ يُريدُ أن يُصافيَه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Allah SWT mencintai seseorang hamba, maka Allah SWT akan memberikan ujian kepadanya kerana sesungguhnya Allah SWT hendak menyucikannya (daripada dosa).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 139, hadis no. 698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سعيد بن المسيب قال: قال ﷺ: إذا أحب الله عبداً ألصق به البلاء فإن الله عز وجل يريد أن يصافيه. [هب، الضعيفة (6973)]
(Palsu) Daripada Sa‘īd ibn al-Musayyib secara marfū‘: Apabila Allah SWT mencintai seseorang hamba, maka Allah SWT akan memberikan ujian kepadanya kerana sesungguhnya Allah SWT hendak menyucikannya (daripada dosa). [Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6973)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman