Apabila Allah sangat mencintai seseorang hamba

TEKS BAHASA ARAB

 إِذَا أَحَبَّ اللهُ عَبْدًا اقْتَنَاهُ لِنَفْسِهِ وَلَمْ يَشْغَلْهُ بِزَوْجَةٍ وَلَا وَلَدٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah sangat mencintai seseorang hamba, maka Dia akan memilih dirinya (untuk beribadah kepada Allah) tanpa menyebukkan dirinya dengan pasangan ataupun anak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Direkodkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyatul Awliya’ (1/25) secara mauquf. Dalam riwayat Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at pula beliau menyebutkan ia palsu dengan lafaz hadis: “Apabila Allah sangat mencintai seseorang hamba, maka Dia akan memilih dirinya (untuk beribadah kepada Allah) tanpa menyebukkan dirinya dengan pasangan ataupun anak.”

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon