Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أحبَّ اللهُ عبدًا ابْتلاهُ ، لِيسْمعَ تضَرُّعَه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Allah menyayangi seseorang hamba, dia pasti menduganya; untuk Dia mendengar rintihannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1991, hadis no. 9970. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا أحب الله عبدا ابتلاه، ليسمع تضرعه)). [هناد، ابن حبان في ((الضعفاء))، فر، ((الضعيفة)) (2202)]
(Lemah sangat) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Apabila Allah menyayangi seseorang hamba, dia pasti menduganya; untuk Dia mendengar rintihannya” [Riwayat Hannad, Ibnu Hibban dalam al-Dhu’afa, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2202]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman