Apabila Allah menyayangi seseorang hamba; Dia campakkan cinta padanya ke dalam jiwa-jiwa Para Malaikat

TEKS BAHASA ARAB

إذا أحب الله عبدا، قذف حبه في قلوب الملائكة، وإذا أبغض الله عبدا، قذف بغضه في قلوب الملائكة، ثم يقذفه في قلوب الآدميين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah menyayangi seseorang hamba; Dia campakkan cinta padanya ke dalam jiwa-jiwa Para Malaikat. Apabila Allah membenci seorang hamba; Dia campakkan kebenciannya ke dalam jiwa-jiwa Para Malaikat, dan kemudian Dia mencampakkannya ke dalam kalbu-kalbu sekalian anak Adam.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1991, hadis nombor 9971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا أحب الله عبدا، قذف حبه في قلوب الملائكة، وإذا أبغض الله عبدا، قذف بغضه في قلوب الملائكة، ثم يقذفه في قلوب الآدميين)).
[حل، ((الضعيفة)) (2208)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila Allah menyayangi seseorang hamba; Dia campakkan cinta padanya ke dalam jiwa-jiwa Para Malaikat. Apabila Allah membenci seorang hamba; Dia campakkan kebenciannya ke dalam jiwa-jiwa Para Malaikat, dan kemudian Dia mencampakkannya ke dalam kalbu-kalbu sekalian anak Adam.”
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2208].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs