Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أَحَبَّ اللهُ عَبْدًا ، قَذَف حُبَّهُ في قُلوبِ المَلائِكةِ ، وإذا أَبْغَض اللهُ عَبْدًا ، قَذَف بُغْضَه في قُلوبِ المَلائكةِ ، ثم يَقْذِفُه في قُلُوبِ الْآدَمِيِّينَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Allah menyayangi seseorang hamba; Dia campakkan cinta padanya ke dalam jiwa-jiwa Para Malaikat. Apabila Allah membenci seorang hamba; Dia campakkan kebenciannya ke dalam jiwa-jiwa Para Malaikat, dan kemudian Dia mencampakkannya ke dalam kalbu-kalbu sekalian anak Adam.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1991, hadis no. 9971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا أحب الله عبدا، قذف حبه في قلوب الملائكة، وإذا أبغض الله عبدا، قذف بغضه في قلوب الملائكة، ثم يقذفه في قلوب الآدميين)). [حل، ((الضعيفة)) (2208)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila Allah menyayangi seseorang hamba; Dia campakkan cinta padanya ke dalam jiwa-jiwa Para Malaikat. Apabila Allah membenci seorang hamba; Dia campakkan kebenciannya ke dalam jiwa-jiwa Para Malaikat, dan kemudian Dia mencampakkannya ke dalam kalbu-kalbu sekalian anak Adam.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2208].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman