Apabila Allah mengumpulkan kesemua makhluk-Nya pada hari kiamat, akan ada satu suara yang menyeru: Di manakah golongan yang mulia?

TEKS BAHASA ARAB

إذا جمع الله بين الخلائق يوم القيامة نادى مناد: أين أهل الفضل؟ قال: فيقوم ناس وهم يسير فينطلقون سراعا إلى الجنة فتلقاهم الملائكة، فيقولون: وما فضلكم؟ فيقولون: كنا إذا ظلمنا صبرنا وإذا أسيء إلينا حلمنا. فيقال لهم: ادخلوا الجنة { فنعم أجر العاملين } [الزمر: 74].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah mengumpulkan kesemua makhluk-Nya pada hari kiamat, akan ada satu suara yang menyeru: Di manakah golongan yang mulia? Baginda berkata: Maka beberapa orang manusia berdiri dan mereka sedikit jumlahnya, lalu mereka menuju ke syurga dengan begitu pantas. Kemudian para malaikat bertemu dengan mereka lalu bertanya: Apakah kelebihan kamu semua? Mereka menjawab: Sesungguhnya kami apabila dizalimi maka kami bersabar, apabila kami disakiti, kami akan bersikap lemah lembut. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu semua ke dalam syurga. Allah berfirman: (Maka pemberian yang demikian adalah sebaik-baik balasan bagi mereka yang beramal) [Al-Zumar: 74].

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 140, hadis nombor 703. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إذا جمع الله بين الخلائق يوم القيامة نادى منادٍ: أين أهل الفضل؟ قال: فيقوم ناس وهم يسيرٌ فينطلقون سراعاً إلى الجنة فتلقاهم الملائكة فيقولون: وما فضلكم؟ فيقولون: كنا إذا ظُلمنا صبرنا وإذا أسيء إلينا حلمنا. فيقال لهم: ادخلوا الجنة؛ {فنعم أجر العاملين} [الزمر: 74]. [الأصبهاني، الضعيفة (6662)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Abdullāh bin ‘Amr bin al-‘Āṣ RA beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Apabila Allah mengumpulkan kesemua makhluk-Nya pada hari kiamat, akan ada satu suara yang menyeru: Di manakah golongan yang mulia? Baginda berkata: Maka beberapa orang manusia berdiri dan mereka sedikit jumlahnya, lalu mereka menuju ke syurga dengan begitu pantas. Kemudian para malaikat bertemu dengan mereka lalu bertanya: Apakah kelebihan kamu semua? Mereka menjawab: Sesungguhnya kami apabila dizalimi maka kami bersabar, apabila kami disakiti, kami akan bersikap lemah lembut. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu semua ke dalam syurga. Allah berfirman: (Maka pemberian yang demikian adalah sebaik-baik balasan bagi mereka yang beramal) [Al-Zumar: 74]. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Taghrīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6662]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs