Apabila Allah mengumpulkan generasi manusia yang awal dan yang akhir pada hari kiamat dan menghamparkan titian sirat, tiada yang dapat melepasinya melainkan dengan kebenaran Ali

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا جمع الله الأولين والآخرين يوم القيامة، ونصب الصراط، لم يجز أحد إلا من كان معه براءة بولاية علي رضي الله عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila Allah mengumpulkan generasi manusia yang awal dan yang akhir pada hari kiamat dan menghamparkan titian sirat, tiada siapa akan dapat melepasinya melainkan orang yang ada kebenaran pelepasan dengan kekuasaan Ali RA.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 381, hadis nombor 90. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحاكم عن علي مرفوعا. قال ابن الجوزي: موضوع، وقال صاحب الميزان: هذا خبر باطل. ورواه الخطيب، عن ابن عباس، قال: قلت للنبي صلى الله عليه وأله وسلم يا رسول الله: للنار جواز؟ قال: نعم. قلت: وما هو؟ قال: حب علي ابن أبي طالب، وفي إسناده: محمد بن فارس بن حمدان العبدي. قال أبو نعيم: رافضي غال. وقال الخطيب: هذا الحديث باطل، وفي الميزان: هذا موضوع.

Diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Pengarang al-Mizan berkata: Ini adalah hadith yang batil. Diriwayatkan juga oleh al-Khatib daripada Ibn Abbas. Dia berkata: Aku berkata kepada Nabi SAW wahai Rasulullah, adakah bagi neraka itu ada pelepasan. Baginda menjawab: Ya. Aku berkata: Apakah ia? Cinta kepada Ali bin Abi Talib. Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Faris bin Hamdan al-Abdi. Abu Nu’aim berkata: Dia seorang pelampau rafidhah (puak Syiah). Al-Khatib berkata: Ini adalah hadith yang batil. Dalam al-Mizan: Ini adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs