Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila Allah menginginkan kebaikan pada seseorang hamba, Allah berikan kefahaman dalam agama

Teks Bahasa Arab

إذا أراد اللهُ بعبدٍ خيرًا؛ فقَّهه في الدِّين، وألهمه رشدَه.

Teks Bahasa Melayu

Apabila Allah menginginkan kebaikan pada seseorang hamba, Allah berikan kefahaman dalam agama dan mengilhamkan petunjukNya kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1284, hadis no. 6575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أراد الله بعبد خيرا؛ فقهه في الدين، وألهمه رشده. [البزار، ((الضعيفة)) (5032)]

(Munkar dengan lafaz yang lengkap ini) Daripada 'Abdillah bin Mas'ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah menginginkan kebaikan pada seseorang hamba, Allah berikan kefahaman dalam agama dan mengilhamkan petunjukNya kepadanya. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5032]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.