Apabila Allah menginginkan kebaikan pada penghuni sesebuah rumah, Allah berikan mereka kefahaman dalam urusan agama

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله بأهل بيت خيرا فقههم في الدين، ووقر صغيرهم كبيرهم، ورزقهم الرفق في معيشتهم، والقصد في نفقاتهم، وبصرهم عيوبهم فيتوبوا منها، وإذا أراد الله بهم غير ذلك تركهم هملا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah menginginkan kebaikan pada penghuni sesebuah rumah, Allah berikan mereka kefahaman dalam urusan agama, orang-orang muda menghormati orang-orang tua mereka, Allah memberikan rezeki mereka kelembutan dalam kehidupan mereka, kesederhanaan dalam perbelanjaan mereka dan menampakkan mereka keaiban-keaiban mereka hingga menyebabkan mereka bertaubat daripada keaiban tersebut. Dan jika Allah menginginkan sebaliknya, Allah biarkan mereka dalam keadaan lalai.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1233, hadis nombor 6281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: إذا أراد الله بأهل بيت خيرا فقههم في الدين، ووقر صغيرهم كبيرهم، ورزقهم الرفق في معيشتهم، والقصد في نفقاتهم، وبصرهم عيوبهم فيتوبوا منها، وإذا أراد الله بهم غير ذلك تركهم هملا.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (860)[.

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Allah menginginkan kebaikan pada penghuni sesebuah rumah, Allah berikan mereka kefahaman dalam urusan agama, orang-orang muda menghormati orang-orang tua mereka, Allah memberikan rezeki mereka kelembutan dalam kehidupan mereka, kesederhanaan dalam perbelanjaan mereka dan menampakkan mereka keaiban-keaiban mereka hingga menyebabkan mereka bertaubat daripada keaiban tersebut. Dan jika Allah menginginkan sebaliknya, Allah biarkan mereka dalam keadaan lalai.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 860].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs