TEKS BAHASA ARAB
إذا أراد الله بعبد خيرا؛ فقهه في الدين؛ وبصره عيوب خلقه؛ وزهده في الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Allah menginginkan kebaikan pada mana-mana hamba-Nya; Dia berikan kefaqihan dalam urusan agama kepadanya, menampakkan kepadanya aib-aib makhlukNya, dan menjadikannya zuhud terhadap dunia.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1243, hadis nombor 6346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن الحسين بن علي رضي الله عنه مرفوعا: إذا أراد الله بعبد خيرا؛ فقهه في الدين؛ وبصره عيوب خلقه؛ وزهده في الدنيا.
[أبو بكر الشافعي في ((مسند موسى بن جعفر الهاشمي))، ((الضعيفة)) (2220)]
(Sangat Lemah)
Daripada al-Husain bin ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Allah menginginkan kebaikan pada mana-mana hamba-Nya; Dia berikan kefaqihan dalam urusan agama kepadanya, menampakkan kepadanya aib-aib makhlukNya, dan menjadikannya zuhud terhadap dunia.
[Riwayat Abu Bakr al-Shafi'ie dalam Musnad Musa bin Ja'far al-Hashimiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2220]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.