Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أراد اللهُ بعبدٍ خيرًا؛ فَقَّهَه في الدِّينِ؛ وبَصَّرَه عيوبَ خَلْقِه؛ وزَهَّدَه في الدنيا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Allah menginginkan kebaikan pada mana-mana hamba-Nya; Dia berikan kefaqihan dalam urusan agama kepadanya, menampakkan kepadanya aib-aib makhlukNya, dan menjadikannya zuhud terhadap dunia.
Sahabat Perawi
- al-Husain Bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1243, hadis no. 6346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الحسين بن علي رضي الله عنه مرفوعا: إذا أراد الله بعبد خيرا؛ فقهه في الدين؛ وبصره عيوب خلقه؛ وزهده في الدنيا. [أبو بكر الشافعي في ((مسند موسى بن جعفر الهاشمي))، ((الضعيفة)) (2220)]
(Sangat Lemah) Daripada al-Husain bin 'Ali RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Allah menginginkan kebaikan pada mana-mana hamba-Nya; Dia berikan kefaqihan dalam urusan agama kepadanya, menampakkan kepadanya aib-aib makhlukNya, dan menjadikannya zuhud terhadap dunia. [Riwayat Abu Bakr al-Shafi'ie dalam Musnad Musa bin Ja'far al-Hashimiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2220]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman