Apabila Allah menghendaki terhadap sesuatu kaum kebaikan; Allah meramaikan golongan faqih dalam kalangan mereka

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله بقوم خيرا؛ أكثر فقهاءهم، وقلل جهالهم، حتى إذا تكلم العالم؛ وجد أعوانا، وإذا تكلم الجاهل قهر. وإذا أراد الله بقوم شرا؛ أكثر جهالهم، وقلل فقهاءهم، حتى إذا تكلم الجاهل؛ وجد أعوانا، وإذا تكلم الفقيه؛ قهر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah menghendaki terhadap sesuatu kaum kebaikan; Dia (Allah) meramaikan golongan faqih (ulama) dalam kalangan mereka, Dia sedikitkan golongan jahil dalam kalangan mereka, sehinggakan apabila bercakap seorang alim; dia dapati untuknya para pembantu, dan apabila bercakap dengan seorang jahil; dia (orang jahil) ditewaskan. Apabila Allah menghendaki untuk sesuatu kaum keburukan; Dia banyakkan golongan jahil dan Dia sedikitkan golongan faqih dalam kalangan mereka, sehinggakan apabila bercakap seorang jahil; dia dapati untuknya para pembantu, dan apabila bercakap seorang faqih; dia ditewaskan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1992, hadis nombor 9978. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حبان بن أبي جبلة، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا أراد الله بقوم خيرا؛ أكثر فقهاءهم، وقلل جهالهم، حتى إذا تكلم العالم؛ وجد أعوانا، وإذا تكلم الجاهل قهر. وإذا أراد الله بقوم شرا؛ أكثر جهالهم، وقلل فقهاءهم، حتى إذا تكلم الجاهل؛ وجد أعوانا، وإذا تكلم الفقيه؛ قهر)).
[الخطيب في ((الفقيه والمتفقة))، ((الضعيفة)) (2221)]

(Lemah) Daripada Hibban bin Abu Jabalah, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila Allah menghendaki terhadap sesuatu kaum kebaikan; Dia (Allah) meramaikan golongan faqih (ulama) dalam kalangan mereka, Dia sedikitkan golongan jahil dalam kalangan mereka, sehinggakan apabila bercakap seorang alim; dia dapati untuknya para pembantu, dan apabila bercakap dengan seorang jahil; dia (orang jahil) ditewaskan. Apabila Allah menghendaki untuk sesuatu kaum keburukan; Dia banyakkan golongan jahil dan Dia sedikitkan golongan faqih dalam kalangan mereka, sehinggakan apabila bercakap seorang jahil; dia dapati untuknya para pembantu, dan apabila bercakap seorang faqih; dia ditewaskan."
[Riwayat al-Khatib dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 2221]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs