Apabila Allah menghendaki terhadap seseorang hamba kebaikan; Dia jadikan orang ramai berhajat kepadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد الله بعبد خيرا؛ صير حوائج الناس إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Allah menghendaki terhadap seseorang hamba kebaikan; Dia jadikan orang ramai berhajat kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1991, hadis nombor 9974. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا أراد الله بعبد خيرا؛ صير حوائج الناس إليه)).
[فر، ((الضعيفة)) (2224)]

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Allah menghendaki terhadap seseorang hamba kebaikan; Dia jadikan orang ramai berhajat kepadanya.
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 2224]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.