TEKS BAHASA ARAB
إذا أراد الله بعبد خيرا؛ فقهه في الدين؛ وبصره عيوب خلقه؛ وزهده في الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Allah menghendaki terhadap seseorang hamba kebaikan; Dia (Allah) memahamkannya dalam urusan agama; Dia jadikannya sentiasa melihat keaiban dalam akhlaknya; dan Dia jadikannya bersikap zuhud pada urusan keduniaan.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1992, hadis nombor 9977. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الحسين بن علي مرفوعا: ((إذا أراد الله بعبد خيرا؛ فقهه في الدين؛ وبصره عيوب خلقه؛ وزهده في الدنيا)).
[أبو بكر الشافعي في ((مسند موسى بن جعفر الهاشمي))، ((الضعيفة)) (2220)]
(Sangat Lemah) Daripada al-Husain bin Ali, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Allah menghendaki terhadap seseorang hamba kebaikan; Dia (Allah) memahamkannya dalam urusan agama; Dia jadikannya sentiasa melihat keaiban dalam akhlaknya; dan Dia jadikannya bersikap zuhud pada urusan keduniaan.
[Riwayat Abu Bakr al-Syafie dalam Musnad Musa bin Jaafar al-Hashimi. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 2220]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.